Isnin, 23 Disember 2013

Cikgu Belanda

Assalamualaikum wbt.

Lambat lagi anak aku nak habis mengaji iqra hari ni.so aku nak cerita pengalaman dok@stay kt holland@belanda. Time tu aku kena bawa group dari natc moa kt ptc wageningen southern holland klu xsalah aku la. Lokasi memang menarik dan depa ni bab pertanian cukup terror bukan terrorist pa.terror tu kira pandai excellent otak pertanian. Cikgu dia friendly dah gomen msia bayar so kena ajar betoi2 la.
Baru ni cikgu dia mai kolej pertanian  di utara so aku la jado tourist guide xde lesen. Gambar nati aku upload. Bab belanda ni dari utara sampai ke belgium aku terjah.siap kena check dgn pak polisi sana. Cakap melayu kena berhati2 bcoz depa ni faham bahasa indonesia. Makan siap ada tulis nasi berani bxbx lagi.so hampa tegok ayat yg sama  kantor=opis.

Ahad, 22 Disember 2013

TERIMA KASIH PADA PENYEWA

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami samada dalam negara mahupun luar negara.
Kali ini kami telah menunaikan kewajipan bagi bulan yang ke TIGA bagi pembayaran yang telah dibuat oleh kami bagi pihak PENYEWA yang telah menggunakan kenderaan yang di sewakan. Walaupun terdapat dugaan dimana INNOVA mengalami kerosakan, namun itu semua sebagai dugaan dalam mengejar cita-cita mendidik kita semua betapa pentingnya menderma bagi kelangsungan yang memerlukan. Target kami adalah tidak terbatas pada satu pihak sahaja dan setiap yang kami merasakan ianya berhak dan telah ditetapkan JODOHnya oleh Allah swt supaya menderma kepada mereka maka tiada keraguan duit keseluruhan bagi penyewa sebanyak 5% akan didermakan. Kewajipan kami serta semua penyewa telah ditunaikan moga Allah memberkati sedekah kita yang tidak seberapa. Bukti bergambar akan disertakan In Shaa Allah dan jika penyewa inginkan bukti kami tiada halangan untuk emailkan bukti tersebut. Bayaran dibuat secara pukal setiap bulan. Bagi bulan Dec 2013 sehingga seterusnya akan di infaqkan kepada satu pondok bertempat di Baling,Kedah. Kenapa? Lokasi yang daif serta pelajar yang daif belajar mendalami agama islam.

Sekian, terima kasih pada semua.


Jom pi Pangkor

Assalamualaikum wbt,

Yang ni aku nak cerita bab jalan pi Pulau Pangkor sefamily. Saja-saja nak jalan memang dah tak sempat so ada meeting plak kt Pangkor Island Beach Resorts. Apa lagi bercuti sambil buat kerja la. 3 in 1 gitu.
Search la serba sedikit bab pulau ni bcoz hero2 aku nak snoorkling kt sana. Janji tetap kena tunai juga nanti tak mau pi sekolah kes naya ohhh.
Baca blog banyak membantu dan kalu dikira memang sat(sekejap) je boleh cover satu pulau.

16/12/2013 bertolak dari rumah di Sepang jam 8pagi ikut jalan Sabak Bernam Kuala Selangor dalam 3.5jam boleh sampai Lumut.
Call member kampung Madi Panjang (Navy kt situ)mamat ni kira kamcing(rapat) la dengan aku time sekolah rendah sampai menengah. Aku jumpa dia pon time baru masuk gomen.
Ok. Bayar duit boat RM19.00 (mahal nye)apa boleh buat bayar ja la.nanti tak sampai pula.


Sampai jetty sana kena naik bas pula ke resort tu. check in terus masuk bilik.wowww. ada swimming pool kt depan pastu ngadap view laut. apa lagi. hero2 siap2 salin baju mau pi jadi kapal selam.


Malam+pagi+petang meeting sampai nak muntah. keja selesai.
17/12/2013 aku free. family dah gi round pulau ambil van pink bayar RM115 so depa tong2(bahagi sama rata). Petang time aku pulak dengan Zul (otai mesin mamat ni) pi cari char keow teow power yang depa dok sebut2 tu di Teluk Nipah. Sewa motorsikal (ego 115) bayar RM20 sejam. Cina tu cakap lebih pukul 6 kena bayar RM40 tapi ayat sampai dapat RM20. Hasilnya boleh juga pi round pulau. Memang sedap dan udang fresh.
 Kami siap boleh pi semua tempat yg ada dalam WAJIB visits kalu dah di Pangkor. Merempit dalam 1jam 30 minit dengan laluan bahaya (memang bahaya ikut jalan belakang). So nasihat aku tak digalakkan ikut jalan belakang ramai yang xcident. Org pulau tak de hal jalan depa dari dok dalam perut sampai la ni. kita jarang2 so better ikut jalan asal ke Teluk Nipah.


 Esok pagi sempat juga gi snoorkling RM50 satu boat. adik tourist guide xde lesen ni ckp tak yah dok bazir2 pakai boat kecil pun dah ok setakat 6 org ni. Sewa google RM5 satu so total RM75 dah boleh snoorkling.
 Yang tak best bab tempat snoorkling ni banyak sangat yang akan cedera ringan berdarah2 bcoz of coral dia. so bawa la minyak gamat or firstaidkits. Aku xbawa apa pon biar la sikit2 tu. Makanan kena bawa backup jika pakcik kt pulau tu xbuka kedai.
Apa pon kenangan juga bcoz dah lama aku xdtg ke Pangkor selepas anak sulung aku kena gigit dengan kera kt pulau ni waktu umur dia baru 2 tahun. Kera tu pun naya juga,penyepak tomoi hinggap kt kepala dia. Minta maap la kt kera tu sapa suruh hang gigit anak aku. Kera tu pun dah mati kot rasanya.
Pi cuti best kat sini tapi time cuti sekolah ayat yang sesuai "LETIH+SESAK+PENAT+MAHAL"

Bajet sesuai;
boat RM10 returned seorang kalu jetty pulau. Jetty resort RM19.00 (tak digalakkan)
van pink pusing pulau RM70 sumbat la sampai sesak. 2 jam dah habis
motorsikal RM20 sejam or RM60 sehari semalam. kalu berdua boleh la tapi ingat jalan bahaya. xde skill merempit tidak digalakkan.
hotel...yg ni hampa kena pandai2 cari la yg mana murah. advise aku stay kt area Teluk Nipah memang best.
Makan kena tanya harga dulu kalu tidak gadai la handphone yg mana ada.hehehe
Parking kereta kt Lumut tak mahal dan berbumbung. Toilet mahal la harga Belanda juga RM0.50ct sekali masuk. Mandi RM1.00.

Khamis, 12 Disember 2013

Homestay di UUM Sintok Changlun Kedah

Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat, 

 Pada sesapa yang ingin penginapan selesa ala kampung, kami dalam proses tambahbaik rumah di Kg Tradisi Changlun bagi tujuan keselesaan pengguna. Dulu rumah ni di sewa dan banyak yang rosak so kena repair pastu cat baru tambah ruang agar harga yang ditawarkan berbaloi . Terdapat 3 bilik tidur dengan 2 bilik air, 1 dapur untuk memasak dan insha Allah washing machine juga akan disediakan. 

Dengan bayaran RM180 semalam amat berbaloi dengan keluasan ruang yang diberi. Parking setakat 10 biji kereta dan 1 bas tiada masalah la. Ruang tamu rumah telah ditambah dan akan siap sepenuhnya hujung tahun 2013 ni. Nak tidur kalu seramai 30 orang memang muat la. Tapi sekiranya lebih melampau paham-paham la kos pun kena la up sikit. Apa pun kita boleh bincang. 
Oppp. nama homestay ni sempena nama famous mak aku "HOMESTAY MAKLANG" no rumah 66 Kg Tradisi Changlun. 5 minit ke UUM Sintok sesuai yang nak gi hantar ambil konvo anak kt UUM/matrikulasi changlun/politeknik arau/universiti malaysia perlis. Kalau nak pi jalan ke langkawi/bukit kayu hitam/danok/hatyai pon dekat saja. 

 Kadar sewaan, 
1 - 2 malam RM180/day 
3 - 5 malam RM150/day 
6 malam keatas RM130/day 
 Deposit RM100 dan baki sewaan akan dibayar cash semasa ambil kunci. Deposit akan hangus jika batal tempahan kerana kami pun kena cancel tempahan orang lain. So kena paham la sesama kita. 

Setiap sewaan akan di infaqkan 5% kepada yang memerlukan. Derma ini adalah atas nama tuan yang menyewa + dari kami juga. 

 So sudi-sudilah menyewa sambil beramal moga usaha yang sedikit ini akan mendapat keberkatan bersama. 
 Contact kami Ckgu Zie 019-9899662 / 013-4809662 sms/call/whtp

Gambar ini sebelum ada tambahan ruang tamu 15' x 30'.